Wednesday 7 December 2011

Talian Hotline Bantuan RM500 telah dibuka & borang permohonan boleh dimuat turun pada 12 Disember

Kementerian Kewangan telah membuka talian hotline bermula hari ini untuk orang awam bertanyakan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM 500.00 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM 3,000.00 dan kebawah.

1-800-222-500
Talian ini dibuka dari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Selain itu, pertanyaan juga boleh diajukan melalui emel belanjawan2012@treasury.gov.my atau melalui faks 03-8882 3786.
Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:
i.   Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
ii.  Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
iii. Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan
iv. Warga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak memohon.

Borang BR1M boleh diperoleh secara PERCUMA mulai 10 Disember 2011(Sabtu) di:
i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan
iii. Pejabat Daerah (bagi negeri-negeri selain Selangor, P. Pinang, Kedah & Kelantan)
iv. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (mulai 12 Disember)
v. Pejabat Penerangan Daerah (mulai 12 Disember)
Borang ini boleh dimuat turun dari laman web Perbendaharaan bermula pada 12 Disember.

Ingat! Borang bantuan ini adalah PERCUMA. Tiada apa-apa bayaran dikenakan untuk mendapatkan borang BR1M ini. Jangan terpedaya dengan mana-mana pihak.
Tempoh yang diberikan untuk mengembalikan borang ini adalah SEBULAN SAHAJA. Jadi pastikan borang berkenaan dilengkapkan dan dikembalikan sebelum 9 Januari 2012 bersama-sama salinan kad pengenalan dan slip gaji (jika ada) di lokasi-lokasi berikut:
i. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat LHDN
ii. Jabatan Pembangunan Persekutuan
Bantuan RM 500.00 ini dijangka akan disalurkan mulai pertengahan Januari 2012.
Menurut operator yang saya hubungi, mereka yang layak menerima bantuan setelah mengembalikan borang permohonan BR1M ini akan menerima maklum balas melalui surat dalam bulan Januari nanti.
Surat berkenaan akan menyatakan lokasi yang perlu dihadiri oleh penerima untuk mengambil voucher BR1M berjumlah RM 500.00. Mungkin akan ada majlis penyerahan bantuan dilaksanakan secara serentak.
Seterusnya voucher berkenaan boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional.
Ingat! Jangan terpedaya sekiranya ada mana-mana pihak yang mengaku sebagai ajen-ajen dilantik LHDN untuk menguruskan permohonan bantuan ini dengan mengenakan bayaran. BR1M ini PERCUMA bagi mereka yang layak!
Hebahkan perkara ini kepada semua khususnya saudara mara kita di luar bandar agar mereka turut merasai nikmat dari bantuan ini.
Wassalam.

Friday 9 September 2011

KURSUS KOMPUTER PERSENDIRIAN

KURSUS KOMPUTER :

*Pengenalan Komputer
*Microsoft Word
*Microsoft Excel
*Microsoft Power Point
*Microsoft Outlook / Internet

Bayaran pendaftaran : RM 50.00
Bayaran Setiap Subjek : RM 50/Subjek

Sijil dikeluarkan oleh : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW)
Sesiapa yang berminat sila datang ke :

MEDAN INFODESA KG BUKIT RAJA,
Bangunan Infodesa Kg Bukit Raja,
81620 Pengerang, Johor.


@ Sila Hubungi : Pn Asmah Minhat di talian
                          07-8265608 ( MID OFF)/ 019-7847271 (H/P) untuk petanyaan lanjut.

# Ditujukan kepada semua penduduk kampung yang berhampiran, pelajar-pelajar selepas SPM, PMR serta tamat PLKN dan sebagainya
# Bagi pekerja warga negara asing ( mempunyai Passport yang SAH ) sahaja dibenarkan


PENDAFTARAN DIMULAKAN SEKARANG!!!!!
HARGA BERPATUTAN........

KURSUS LITERASI KOMPUTER DESA (LKD)

Tarikh : 10/9/2011-11/9/2011
Bertempat di : MEDAN INFODESA KG BUKIT RAJA
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Hari : Sabtu dan Ahad
Siri : 1/2011
Peserta : 20 Orang


Tarikh : 24/9/2011-25/9/2011
Bertempat di : MEDAN INFODESA KG BUKIT RAJA
Masa : 9.00 - 5.00 petang
Hari : Sabtu dan Ahad
Siri : 2/2011
Peserta : 20 Orang

Thursday 18 August 2011

PERKHIDMATAN YANG DIJALANKAN DI MID

Kursus Utama MID :
1- Kursus Literasi Komputer Desa (LKD)
2- Kursus Latihan Kemahiran Komputer (LKK)
3- Kursus Komputer Pesendirian berbayar.

Lain-Lain Perkhidmatan :
1- Penggunaan Internet ( Cyber Cafe )
2- Mencetak Dokumen (Printing)
3- Scanner / Faksimili
4- Burn Cd / Install Sofware / Format Komputer
5- Sewa Ruangan
6- Menaip Dokumen
7- Membaik Pulih Komputer
8- Kemudahan Wifi
9- Pendaftaran / penggunaan Program Score A
10- Fotostate

AKTIVITI-AKTIVITI DI MID

Tahun : 2008
1- Kursus LKD Siri 01/08 - 10 orang peserta
2- Kursus LKD Siri 02/08 - 10 orang peserta
3- Kursus LKD Siri 03/08 - 10 orang peserta
4- Kursus LKD Siri 04/08 - 10 orang peserta
5- Kursus LKD Siri 05/08 - 10 orang peserta
6- Kursus LKD Siri 06/08 - 10 orang peserta
                            Jumlah   - 60 Orang 
Tahun : 2009

1- Kursus LKD Siri 01/09 - 10 orang peserta
2- Kursus LKD Siri 02/09 - 10 orang peserta
3- Kursus LKD Siri 03/09 - 10 orang peserta
4- Kursus LKD Siri 04/09 - 10 orang peserta
5- Kursus LKD Siri 05/09 - 10 orang peserta
6- Kursus LKD Siri 06/09 - 10 orang peserta
                            Jumlah   - 60 Orang

* Untuk Tahun 2011 ada 2 siri - 40 orang peserta - Coming Soon...

Sebahagian gambar Kursus LKD yang dijalankan: